2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
admin@serantaumuslim.org.my
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

TAJABERBUKA 2020: SERANTAU MUSLIM TAJA IFTAR DI RUMAH KEBAJIKAN

Sepanjang bulan Ramadhan ini, Serantau Muslim giat menyantuni mereka yang memerlukan di dalam negara mahupun luar negara menerusi projek tajaberbuka.com.

Terkini, Serantau Muslim menyantuni anak-anak di Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah yang terdiri daripada kanak-kanak seramai 30 orang.

Program di rumah kebajikan ini akan berlangsung selama tiga hari dan telah bermula semalam.

Pelbagai juadah yang telah dimasak telah dihantar ke rumah kebajikan tersebut.

Serantau Muslim berharap dengan juadah yang diterima ini dapat meringankan sedikit sebanyak urusan pihak pengurusan rumah kebajikan tersebut.

Orang ramai yang masih ingin merebut peluang pahala hari-hari terakhir Ramadhan, boleh layari tajaberbuka.com.

Sumber: Media Serantau Muslim