2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
admin@serantaumuslim.org.my
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo SemasaKenyataan Media

TAJABERBUKA 2020: SERANTAU MUSLIM TAJA IFTAR DI PUSAT JAGAAN PERMATA KASIH PULAU PINANG

1 Jun – Serantau Muslim bergiat aktif dalam menyantuni golongan yang memerlukan di dalam mahupun luar negara.

Menerusi projek tajaberbuka.com pada tahun ini, Serantau Muslim lebih menumpukan Malaysia dan beberapa buah sahaja negara luar berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Sepanjang Ramadhan yang lalu, Serantau Muslim aktif menyantuni mereka yang memerlukan.

Salah satunya ialah Serantau Muslim telah menaja makanan berbuka puasa selama lima hari di Pusat Jagaan Permata Kasih, Pulau Pinang.

Serantau Muslim berharap dengan pek makanan yang diterima mereka ini dapat memberikan keceriaan kepada semua penghuni di sana sekali gus dapat meringankan sedikit sebanyak urusan pihak pengurusan rumah kebajikan tersebut.

Serantau Muslim juga akan meneruskan program sebegini di masa mendatang, InshaAllah.