2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
admin@serantaumuslim.org.my
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo SemasaKenyataan Media

TAJABERBUKA 2020: SERANTAU MUSLIM TAJA IFTAR DI PERTUBUHAN KEBAJIKAN RUMAH ORANG-ORANG TUA (ISLAM) TITIAN ABADI

Serantau Muslim bergiat aktif dalam menyantuni golongan yang memerlukan di dalam mahupun luar negara menerusi projek tajaberbuka.com.

Sempena bulan mulia ini juga, Serantau Muslim turut bersama-sama warga emas yang sangat memerlukan.

Bermula kelmarin, Serantau Muslim telah menyantuni warga emas di Pertubuhan Kebajikan Rumah Orang-orang Tua (Islam) Titian Abadi seramai 20 orang.

Program di rumah kebajikan ini akan berlangsung selama tiga hari dan telah bermula 18 Mei lalu.

Pelbagai juadah yang telah dimasak telah dihantar ke rumah kebajikan tersebut.

Serantau Muslim berharap dengan juadah yang diterima ini dapat meringankan sedikit sebanyak urusan pihak pengurusan rumah kebajikan tersebut.

Orang ramai yang masih ingin merebut peluang pahala hari-hari terakhir Ramadhan, boleh layari tajaberbuka.com.