2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
admin@serantaumuslim.org.my
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

TAJABERBUKA 2020: SERANTAU MUSLIM MENGAGIHKAN SUMBANGAN TAJA BERBUKA DI SEKITAR DAERAH YAN DAN BALING, KEDAH.

Program Taja Berbuka telah dilangsungkan di merata tempat yang mendapat perhatian Serantau Muslim termasuk di negeri Kedah Darul Aman. Ramadan lalu, Serantau Muslim telah mengagihkan sumbangan makanan pada golongan yang memerlukan di kawasan sekitar Yan dan Baling.

Namun begitu, Serantau Muslim bukan sahaja aktif dalam memberi sumbangan pada golongan yang memerlukan, akan tetapi barisan frontliner juga turut menjadi sasaran untuk taja berbuka pada kali ini.

Serantau Muslim berharap dengan sumbangan makanan taja berbuka yang diterima ini dapat membantu dan memberikan keceriaan pada golongan yang memerlukan sekali gus kepada barisan frontliners agar terus bersemangat dalam menjalankan tugas. Insha Allah.