2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
admin@serantaumuslim.org.my
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

TAJABERBUKA 2020: SERANTAU MUSLIM MENGAGIHKAN SUMBANGAN TAJA BERBUKA DI SEKITAR DAERAH KUALA KANGSAR DAN TAPAH, PERAK

Program Taja Berbuka anjuran Serantau Muslim yang dijalankan sejak Ramadhan lalu turut memberi manfaat kepada masyarakat di negeri Perak Darul Ridzuan.

Serantau Muslim telah mengagihkan sumbangan pek makanan asas pada golongan yang memerlukan di kawasan sekitar Kuala Kangsar dan Temoh, Tapah.

Bukan itu sahaja, Serantau Muslim turut aktif dalam memberi sumbangan kepada barisan hadapan negara.

Serantau Muslim berharap dengan sumbangan makanan taja berbuka yang diterima ini dapat membantu dan memberikan keceriaan pada golongan yang memerlukan sekali gus kepada barisan frontliners agar terus bersemangat dalam menjalankan tugas. Insha Allah.