2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
admin@serantaumuslim.org.my
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo SemasaKenyataan Media

TAJABERBUKA 2020: AGIHAN MAKANAN BERBUKA PUASA DAN PEK MAKANAN DI SETIAWAN, PERAK

Serantau Muslim teruskan lagi agihan pek makanan kepada mereka yang memerlukan di Setiawan, Perak semalam.

Umum maklum bahawa Serantau Muslim merupakan salah sebuah NGO yang aktif dalam menyantuni golongan yang memerlukan di dalam mahupun luar negara menerusi pelbagai projek dan salah satunya, tajaberbuka.com.

Di Perak, Serantau Muslim telah menyantuni mereka yang memerlukan terutama warga emas dan golongan miskin.

Serantau Muslim berharap kesemua penerima agihan ini, dapat memanfaatkan sumbangan ini sekali gus berharap ia dapat meringankan serba sedikit beban mereka yang akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

#SerantauMuslim

#SedekahSerantauMuslim

#Tajaberbuka.com