2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
admin@serantaumuslim.org.my
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo SemasaKenyataan Media

TAJABERBUKA 2020: AGIHAN MAKANAN BERBUKA PUASA DAN PEK MAKANAN DI BUKIT BERUNTUNG, SELANGOR

Terkini, Serantau Muslim teruskan lagi agihan makanan berbuka puasa dan pek makanan kepada mereka yang memerlukan di Bukit Beruntung, Selangor.

Umum maklum bahawa Serantau Muslim merupakan salah sebuah NGO yang aktif dalam menyantuni golongan yang memerlukan di dalam mahupun luar negara menerusi pelbagai projek dan salah satunya, tajaberbuka.com.

Sempena bulan mulia, bulan Ramadhan ini dan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarakat (PKPB), Serantau Muslim aktif membantu mereka yang memerlukan agar dapat meringankan sedikit sebanyak beban mereka yang terjejas.

Untuk makluman, projek tajaberbuka.com ini akan berakhir tidak lama lagi iaitu 23 Mei 2020.

Serantau Muslim berharap kesemua penerima agihan ini, dapat memberi manfaat kepada mereka untuk terus menjadi khairun-nas.

Orang ramai yang ingin merebut peluang pahala hari-hari terakhir Ramadhan, boleh layari tajaberbuka.com.

#SerantauMuslim

#SedekahSerantauMuslim

#Tajaberbuka.com