2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-01-10 at 11.11.11 AM
Info Semasa

Menteri Keselamatan Negara Israel arah bendera Palestin di tempat awam diturunkan

BAITULMAKDIS: Menteri Keselamatan berhaluan kanan baru Israel Itamar Ben-Gvir berkata pada Ahad (8 Jan) bahawa beliau mengarahkan polis untuk menurunkan bendera Palestin dari ruang awam.

Memetik liputan dari MediaCorp, undang-undang Israel tidak mengharamkan bendera Palestin tetapi polis dan tentera mempunyai hak untuk menurunkannya apabila mereka menganggap terdapat ancaman terhadap ketenteraman awam.

Arahan daripada Ben-Gvir, yang mengetuai parti ultranasionalis dalam kerajaan baru Benjamin Netanyahu dan sebagai menteri yang menyelia polis, mengambil pendirian keras dalam langkah menurunkan bendera-bendera tersebut.

Ia berikutan pembebasan seorang tahanan Palestin minggu lalu yang sudah lama meringkuk dalam penjara. Dia disabit kesalahan menculik dan membunuh seorang askar Israel pada 1983, yang mengibarkan bendera Palestin semasa disambut sebagai wira pahlawan di kampungnya di utara Israel.

Ben-Gvir, dalam satu kenyataan, menyatakan perbuatan mengibarkan bendera Palestin adalah tindakan menyokong keganasan.

“Tidak mungkin pelanggar undang-undang mengibarkan bendera pengganas, menghasut dan menggalak pengganasan, jadi saya mengarahkan agar bendera yang menyokong pengganasan diturunkan daripada tempat awam dan menghentikan hasutan terhadap Israel,” kata Ben-Gvir.

Dalam pada itu, kita berharap agar nasib rakyat Palestin terus terbela walaupun pelbagai usaha tidak baik menghalang mereka untuk terus kedepan memartabatkan negara mereka sendiri. Teruskan berdoa!