2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

ZON HIJAU BAGHDAD DIBEDIL ROKET

BAGHDAD – Zon Hijau Baghdad yang menempatkan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dibedil roket iaitu serangan kelima dalam tempoh 10 hari.

Wartawan AFP mendengar sekurang-kurangnya tiga letupan, diikuti bunyi siren di zon berkenaan.

Setakat ini, belum ada laporan berhubung kemalangan jiwa atau kerosakan diterima setakat ini.

Sama seperti serangan terdahulu, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas insiden terbabit.

Sekurang-kurangnya 32 serangan yang menjadikan kepentingan AS sebagai sasaran dilaporkan berlaku sejak Oktober, dan ia didakwa dilakukan oleh serpihan penyokong Iran di dalam pasukan keselamatan Iraq.

Ia adalah serangan roket kedua berhampiran premis kedutaan AS sejak 8 Jun, manakala satu lagi serangan disasarkan kepada lapangan terbang Baghdad, iaitu pangkalan tentera AS.

Ketegangan antara Washington dan Tehran memuncak pada Januari, apabila AS membunuh jeneral Iran, Qasem Soleimani dan komander Iraq, Abu Mahdi al Muhandis dalam satu serangan dron di Baghdad.

Sejak itu, Iraq memiliki perdana menteri baharu yang mesra AS dan serangan roket turut dilaporkan berkurangan dalam beberapa bulan kebelakangan ini. 

Sumber: Berita Harian