2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

Zionis tutup masjid Ibrahimi

RAMALLAH 23 April: Pihak berkuasa Israel bertindak menutup masjid Ibrahimi di Hebron kepada penduduk beragama Islam selama dua hari bermula semalam.

Penutupan masjid itu sebagai memberi laluan kepada penduduk Yahudi menyambut perayaan Passover.

Tentera Israel yang lengkap bersenjata turut dikerah ke kawasan suci itu bagi memberi perlindungan kepada penduduk Yahudi daripada sebarang ancaman.

Difahamkan, laungan azan juga diharamkan sepanjang tempoh tersebut.

Rejim Zionis sering menutup masjid bersejarah itu sejak peristiwa hitam pendatang Yahudi membunuh penduduk Palestin semasa solat subuh pada tahun 1994.

Masjid Ibrahimi dipercayai menempatkan makam Nabi Ibrahim terletak di tengah Hebron dan bandar ini kini dipenuhi dengan kira-kira 500 penempatan penduduk Yahudi.

Ia menjadi kawasan suci bagi umat Islam dan Yahudi.

Sumber: Sinar Harian