2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

ZIONIS TAHAN IBU UNTUK DAPATKAN ANAK

BAITULMAQDIS, 5 JULAI – Rejim Zionis menahan seorang wanita Palestin di timur Baitulmaqdis dalam usaha memberi tekanan kepada anak lelakinya supaya menyerah diri kepada polis Israel.

 

Pusat Media Wadi Hileh (WHIC) berkata, ibu kepada Mahmoud Ebeid ditahan secara paksa di kawasan kejiranan al-Issawiya semalam.

 

Difahamkan, nama Ebeid dalam senarai orang dikehendaki polis Israel.

 

Terdahulu, polis Israel menahan tiga pemuda Palestin berhampiran Pagar Damsyik di Kota Lama.

 

Ketegangan memuncak di wilayah diduduki sepanjang minggu ini, terutamanya di al-Issawiya selepas seorang pemuda dibunuh polis Israel.

 

Sejak kejadian itu, berpuluh orang ditahan atau cedera akibat tindakan keras terbabit.

 

Sumber: Sinar Harian