2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

ZIONIS LULUSKAN 6,000 PERMIT RUMAH PENDATANG HARAM YAHUDI

 

BAITULMAQDIS, 1 OGOS – Israel akan membina 6,000 rumah baharu untuk pendatang Yahudi di Tebing Barat, namun hanya meluluskan 700 permit rumah penduduk Palestin.

 

Sebelum ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi petunjuk bahawa Israel mahu menjadikan penempatan Yahudi di Tebing Barat sebagai wilayahnya, ketika beliau cuba meraih sokongan pelampau Yahudi.

 

Bagaimanapun, tindakan itu bertentangan dengan banyak kuasa dunia yang menganggap semua penempatan itu dibina secara haram di atas tanah Palestin.

 

Kebanyakan penempatan haram itu tertumpu di Kawasan C Tebing Barat yang menurut perjanjian damai sementara Oslo pada 1993 dikawal sepenuhnya oleh Israel.

 

Pihak berkuasa Israel turut memaklumkan bahawa kabinet Netanyahu sudah meluluskan permit untuk 6,000 rumah baharu pendatang Yahudi dan hanya 600 permit rumah penduduk Palestin di Kawasan C dan nisbah yang jauh berbeza itu perlu untuk mengekang pembinaan haram.

 

Sumber: Berita Harian