2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
873a4fde-d8f3-4ca0-90bc-d4949686f64a.jpg
Info Semasa

Warga Palestin maut akibat tembakan Israel di Tebing Barat

BAITULMUQADDIS: Seorang lelaki Palestin maut ditembak oleh polis Israel di Tebing Barat selepas didakwa mengamuk dan cuba menyerang pasukan keselamatan yang sedang mengawal kawasan itu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Palestin menegaskan polis Israel sengaja membunuh Muhammad Ali Hussein Awad, 36, berasal dari bandar Beit Ijza di Tebing Barat, berhampiran Baitulmuqaddis.

“Polis Israel sengaja menembak Muhammad Ali selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan kereta polis dalam nahas jalan raya,” jelas kementerian luar Palestin.

Menurut kementerian, Muhammad Ali adalah penduduk biasa yang `tidak menimbulkan sebarang ancaman’ kepada mana-mana pihak.

Terdahulu, tentera Israel memaklumkan dua anggota tentera dan polis ternampak sebuah kenderaan memecut laju dan menuju ke arah mereka dalam cubaan merempuh mereka.

Katanya, dua anggota itu terpaksa menembak ke arah kenderaan itu sehingga suspek akhirnya `dineutralkan’.

Keluarga mangsa memberitahu Muhammad Ali berkemungkinan hilang kawalan ke atas kereta sehingga menyebabkan kejadian itu.

Agensi berita WAFA melaporkan Muhammad Ali yang juga bapa kepada tiga orang anak, adalah guru di sekolah di kampung Bir Nabala, barat laut Baitulmuqaddis Timur.

Sepupu mangsa, Ramadan mendakwa pasukan keselamatan melepaskan tembakan daripada membantu Muhammad Ali selepas nahas itu.

Sumber: BH