2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

WARAN TANGKAP DIKELUARKAN UNTUK SAMI BUDDHA KONTROVERSI, WIRATHU  

YANGON, 29 Mei: Mahkamah Myanmar telah mengeluarkan waran tangkap ke atas sami Buddha kontroversi, Wirathu atas dakwaan menghasut untuk membenci Islam minoriti dan kerajaan yang diberada di bawah pimpinan Aung San Suu Kyi.

 

Wirathu dikenali dengan retorik terhadap minoriti Islam bertindak menyokong tentera Myanmar yang berpengaruh sahaja.

 

Jurucakap polis, Myo Thu Soe, menyatakan waran tangkap telah dikeluarkan oleh mahkamah di Yangon semalam.

 

Pada perhimpunan baru-baru ini, Wirathu menuduh kerajaan mengamalkan rasuah dan mengkritiknya kerana cuba menggubal Perlembagaan yang akan mengurangkan kuasa tentera.

 

Walau bagaimanapun, tindakan mahkamah Myanmar itu mendapat kecaman dari sekutu Wirathu, Thu Saitta.

 

“Kami tidak akan memberitahu apa akan dilakukan jika dia ditahan, tetapi jelas kami tidak akan berdiam diri,” kata sekutu Wirathu, Thu Saitta.

 

Sumber: Berita Harian