2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo Semasa

WAKAF TELAGA ANJURAN SM GIAT DILAKSANAKAN

Program Waqaf Telaga yang diusahakan oleh Serantau Muslim sentiasa bergerak aktif dari semasa ke semasa.

Program ini dilaksanakan di negara-negara minoriti muslim di Asia Tenggara hasil infaq masyarakat untuk tujuan ibadah mereka.

Kesemua telaga ini digunakan oleh keluarga yang sangat memerlukan di perkampungan-perkampungan yang didiami oleh minoriti muslim.

Serantau Muslim ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para pewakaf dan didoakan semua amalan ini diterima oleh Allah SWT.

Diharapkan juga, semua penerima bantuan telaga ini dapat memanfaatkan sebaik mungkin dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Bagi mendapatkan makluman lanjut, layarilah www.serantaumuslim.org atau laman sosial media rasmi serantaumuslim.