2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

#TERKINI Sinar Harian, NGO Serantau Muslim gerak misi bantuan ke Palu

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”Sinar Harian, NGO Serantau Muslim gerak misi bantuan ke Palu” font_container=”tag:h1|font_size:35|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]

KUALA LUMPUR – Sinar Harian bersama NGO Serantau Muslim menggerakkan misi bantuan  kemanusiaan ke kota Palu, Sulawesi Indonesia hari ini.

Misi bantuan sehingga 20 Oktober itu melibatkan empat kakitangan NGO Serantau Muslim dan seorang wartawan Sinar Harian berlepas ke Sulawesi pagi ini.

Bantuan #SekapalberasuntukPalu menyasarkan bantuan kepada mereka yang memerlukan pasca bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda kawasan berkenaan.

Kota Palu yang digegarkan dengan gempa berukuran 7.5 pada skala Richter dan tsunami yang melanda bandar iu, pada 28 September lalu telah mengakibatkan ribuan nyawa terkorban.

Difahamkan di sebahagian Kota Palu memperlihatkan kesukaran hidup yang dihadapi penghuninya selepas kejadian berkenaan.

Orang ramai ingin turut membantu boleh salurkan bantuan ke akaun Maybank 564276529068 Sinar Karangkraf Sdn Bhd.

SUMBER: SINAR HARIAN

INFO TAMBAHAN:

Untuk sumbangan terus kepada Serantau Muslim, boleh salurkan sumbangan anda kepada nombor akaun MAYBANK (PERTUBUHAN SERANTAU MUSLIM) 5641 0042 1083 atau layari terus  www.billplz.com/airmatasulawesi [/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_video link=”https://youtu.be/9wpW7LsHLgM” el_width=”80″ align=”center”][/vc_column][/vc_row]