2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info Semasa

TERKINI! Pesawat Lion Air terhempas di Sumatera

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”Pesawat Lion Air terhempas di Sumatera” font_container=”tag:h1|font_size:20|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]

JAKARTA: Agensi mencari dan menyelamat Indonesia mengesahkan bahawa pesawat Lion Air yang dalam perjalanan dari Jakarta menuju ke pulau Pangkal Pinang di Sumatera, terhempas, sebentar tadi.

“Saya mengesahkan bahawa ia (pesawat Lion Air) terhempas,” kata jurucakap agensi, Yusuf Latif menerusi khidmat pesanan teks ketika diminta mengulas mengenai nasib pesawat Lion Air terbabit.

Menurut pihak berkuasa, pesawat berkenaan dilaporkan putus perhubungan selama 13 minit selepas berlepas.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh perkhidmatan Flightradar 24, pesawat terbabit adalah Boeing 737 MAX 8.

Setakat ini, tiada maklumat diterima mengenai jumlah penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat berkenaan.

“Kami tidak boleh memberikan sebarang komen kerana sedang mengumpul maklumat dan data,” kata Ketua Eksekutif Kumpulan Lion Air, Edward Sirait.

Terdahulu, pihak berkuasa Indonesia melancarkan operasi mencari dan menyelamat pelsawat Lion Air yang dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dengan pusat kawalan pada jam 6.33 pagi (waktu tempatan), hari ini.

Pesawat JT-610, Lion Air itu berlepas dari lapangan terbang Jakarta pada 6.20 pagi (waktu tempatan), sebelum dikatakan terputus hubungan pada jam 6.33 pagi (waktu tempatan).

Ia dijadualkan mendarat di Pangkal Pinang pada 7.20 pagi (waktu tempatan). – Reuters/Agensi

 

Sumber: Berita Harian

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_video link=”https://youtu.be/lRXrqpLY26A” align=”center”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_single_image image=”2491″ img_size=”medium” alignment=”center”][/vc_column][/vc_row]