2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo Semasa

SURAU SERANTAU MUSLIM RTM TAWAU TELAH MULA DIBINA

5 Nov 2021: Setakat hari ini, Serantau Muslim telah membina beberapa buah surau / masjid di dalam negara.

Terkini, Serantau Muslim telah bekerjasama dengan RTM Tawau dalam membina sebuah surau untuk kegunaan masyarakat tempatan di sana.

Antara tujuan lain pembinaan surau ini ialah agar segala aktiviti kemasyarakatan dapat dijalankan dengan mudah di sana.

Bersama-sama ini dilampirkan gambar-gambar terkini pembinaan surau Serantau Muslim RTM Tawau, Sabah.

Dalam perkembangan sama, semua kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan oleh kontraktor yang dilantik dan Insha-Allah akan mengikut jadual seperti yang dirancang.

Sama-sama kita doakan agar pembinaan surau ini berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya.

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Serantau Muslim, sila layari www.serantaumuslim.org.my.