2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-01-13 at 6.13.07 PM
Aktiviti SMKenyataan Media

Surau Serantau Muslim Di Tawau Telah Siap Sepenuhnya

Semasa program Misi Sayang Sabah 1.0 yang diadakan di Tawau, wakil Serantau Muslim berkesempatan melawat surau yang dibina di daerah itu.

Alhamdulillah, surau Serantau Muslim yang dibina itu telah siap sepenuhnya pada akhir tahun lalu.

Surau yang dibina di tanah yang disediakan oleh RTM Tawau itu telah memberi manfaat besar kepada penduduk sekitar serta warga kerja RTM untuk mengerjakan solat harian dan pelbagai aktiviti ilmu dan dakwah.

Terima kasih kepada para penyumbang, semoga pahala para penderma sentiasa mengalir serta memberi manfaat besar kepada ummah setempat.