2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMBANTUAN KECEMASANInfo SemasaMAKANAN

SUMBANGAN TENANG KIT DI SUNGAI PUTAT, MELAKA

Alhamdulillah.

Sumbangan Tenang Kit telah berjaya kami sampaikan kepada asnaf yang memerlukan di sekitar kawasan Sungai Putat, Melaka pada 29 April, semalam.

Terima kasih kepada anda yang menyumbang.

Sumbangan anda serba sedikit telah memberi sinar harapan asnaf dalam meneruskan kelangsungan kehidupan.

Dalam Surah Saba’, ayat 39 : “Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ – 39).

Sedekah tidak mengurangkan harta, sebaliknya menambah harta dan menjauhkan kefakiran, kekurangan dan kesempitan. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.

Jom kita sama-sama merebut peluang ini dengan bersedekah. Kongsikan kepada mereka agar tidak ada yang terlepas dalam melaksanakan ibadah kepada Allah SWT.