2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

SUDAH 10 TAHUN SYRIA BERPERANG

Beirut – Kini, konflik di Syria memasuki tahun ke-10, dengan rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad memperkukuh kedudukan di negara yang dilanda perang dan kehancuran ekonomi, akibat campur tangan asing.

Ketika rakyat Syria berarak di jalan raya hari ini, mereka langsung tidak menyangka protes antikerajaan ketika itu bakal bertukar menjadi perang kompleks membabitkan pemberontak, pejuang jihad dan tentera asing.

Sejak itu, sekurang-kurangnya 384,000 individu terkorban, termasuk lebih 116,000 orang awam, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.

Konflik itu juga menyebabkan lebih 11 juta rakyat di dalam dan luar negara itu kehilangan tempat tinggal yang memaksa mereka menjadi pelarian di negara jiran dan Eropah.

Aktivis hak asasi manusia, Hala Ibrahim berkata, peperangan itu menyebabkannya kehilangan segala-galanya.

“Saya meninggalkan universiti dan rumah yang dibom. Kami kehilangan segala-galanya,” katanya yang kini menetap di bandar Dana di wilayah Idlib.

Kawasan barat laut Syria yang juga kubu kuat terakhir pemberontak, adalah sasaran terkini rejim itu.

Sumber: Harian Metro