2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

SM UCAP SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA PENDIDIK DI DUNIA

Hari ini tanggal 16 Mei, Serantau Muslim (SM) ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar guru di seantero dunia.

 

SM melihat individiu yang bergelar guru telah menggalas tanggungjawab besar dalam mendidik, mengasuh dan membimbing insan cilik sehingga insan tersebut menjadi dewasa.

 

Tugas guru yang dilihat tidak pernah kenal erti penat dan jemu wajar dihargai oleh setiap mereka yang bergelar murid.

 

SM juga ingin menyeru semua masyarakat agar sentiasa menghormati warga pendidik kerana jasa mereka tidak ternilai dalam mendidik semua anggota masyarakat untuk menjadi manusia berguna sejak dahulu sehingga kini yang akhirnya melahirkan pelbagai latar belakang pekerjaan di dunia ini.

 

SM berharap profesion sebagai guru ini akan sentiasa dimuliakan dan dihargai sepanjang waktu.