2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

SM TERUSKAN TAJABERBUKA DI KEM PELARIAN SYRIA

22 April – Serantau Muslim terus mengagihkan bantuan pek makanan kepada pelarian Syria yang memerlukan di lima buah kem di bahagian Idlib dan Aleppo.

Antara kem yang menerima agihan pek iftar dan kotak makanan ialah kem Al Frousiyyah, Idlib, Syria (pek makanan untuk 250 buah keluarga), kem Bennish, Idlib, Syria (pek iftar untuk 750 orang), kem Al Kmmah, Idlib, Syria (pek iftar untuk 968 orang), Aleppo, Syria (pek iftar untuk 2,432 orang) dan kem Su Sinbat, Aleppo, Syria (pek iftar untuk 848 orang).

Dalam program ini, Serantau Muslim berterima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tajaberbuka.com.

Antara juadah yang disediakan untuk diagihkan kepada rakyat Syria
Antara juadah yang disediakan untuk diagihkan kepada rakyat Syria
Kotak makanan yang diberi kepada mereka di sana
Agihan kotak makanan