2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo Semasa

SM DAN CGM AGIH BANTUAN MUSIM SEJUK DI GAZA

8 Dis 2021: Serantau Muslim (SM) telah mengagihkan bantuan untuk musim sejuk di Gaza, Palestin.

Agihan bantuan musim sejuk ini dijayakan dengan kerjasama Cinta Gaza Malaysia (CGM).

Dalam agihan tersebut, beberapa kelengkapan barangan untuk digunakan semasa musim sejuk telah diberikan kepada mereka di sana.

Antaranya barangan tersebut ialah baju sejuk sebanyak 217 helai, 200 pasang kasut, 50 set selimut tebal dan 50 bidang tilam.

Serantau Muslim mendoakan kesemua penduduk Gaza yang dihujani salji dapat memanfaatkan segala bantuan dan sumbangan orang ramai sebaiknya.

Berikut gambar-gambar yang diambil semasa persediaan agihan bantuan dari bumi Gaza.