2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

SM AGIH PEK MAKANAN KEPADA PENDUDUK DI PITAS, SABAH

Serantau Muslim terus melakukan agihan sempena program Tajaberbuka di Kg. Vunui Lokos, Pitas.

Buat makluman semua, kawasan tersebut merupakan kawasan yang terdiri daripada penduduk muallaf dan berbangsa Rungus.

Kebanyakan daripada mereka juga merupakan mereka yang kurang berkemampuan.

Dalam agihan tersebut, seramai 200 keluarga telah menerima pek makanan daripada program anjuran Serantau Muslim ini.

Serantau Muslim berharap dengan bantuan yang disalurkan ini, dapat meringankan sedikit sebanyak semua keluarga yang memerlukan di sana.

Layari tajaberbuka.com untuk maklumat lanjut.