2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo SemasaKenyataan Media

SERANTAU MUSLIM TURUN SANTUNI, MELIHAT SENDIRI REALITI MASYARAKAT PEDALAMAN SABAH.

Lima hari misi kembara kebajikan dan dakwah di Sabah, Serantau Muslim telah menyantuni umat Islam di kawasan-kawasan pedalaman. Ini bagi melihat sendiri realiti kehidupan dan kesusahan masyarakat di sana.

Antara tempat yang kami santuni ialah Kg Rukom, Pitas sebagai kampung yang kami santuni. Difahamkan kampung ini dahulunya tidak mempunyai masyarakat yang beragama Islam, namun Alhamdulillah kini 70 peratus daripada penduduk di kampung ini telah kembali kepada Islam. Islam di kampung ini berkembang melalui usaha dakwah sesama masyarakat dan melalui platform kelas KAFA serta program komuniti yang diusahakan sendiri oleh penduduk kampung.

Realiti masyarakat disini hidup dalam serba kedhaifan, mereka tinggal di pondok-pondok buruk dan mengharapkan hasil tanaman dan hutan untuk meraih rezeki menyara keluarga.

Dalam misi tersebut, Serantau Muslim telah menyumbang tiga ekor lembu untuk disedekahkan kepada seluruh masyarakat di kampung itu. Mereka telah menyempurnakan penyembelihan, melapah dan mengagihkan daging secara bergotong royong. Ternyata masyarakat disini sangat bersatu padu dan hidup dalam suasana yang sangat harmoni.

Dalam misi itu juga Serantau Muslim telah menyampaikan sumbangan membaiki rumah untuk tiga buah keluarga yang mana keadaan rumah mereka sangat dhaif. Selain membaikpulih struktur rumah sedia ada, Serantau Muslim telah membiayai pembinaan bilik air dan dapur rumah-rumah tersebut.

Serantau Muslim juga telah dibawa oleh penduduk kampung ke sebuah pondok yang diduduki oleh lapan sekeluarga. Keluarga ini mempunyai 6 orang anak dalam lingkungan 4 hingga 17 tahun. ‘Rumah’ yang dibina daripada kayu dan buluh ini tidak mempunyai bilik dan bilik air. Serantau Muslim telah bersetuju untuk membantu mengumpul dana membina rumah baharu untuk keluarga ini dengan nilai RM20 ribu.

Setiap bantuan yang diusahakan oleh Serantau Muslim ini adalah hasil daripada sumbangan anda. Terima kasih atas keprihatinan dan kedermawanan anda dalam membantu mereka.

“Persaudaraan Rentas Sempadan”
Sedekah? Serantau Muslim.