2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo SemasaKenyataan Media

SERANTAU MUSLIM TERUSKAN AGIHAN BUAH-BUAHAN SEGAR KE PUSAT-PUSAT KESIHATAN

8 Mei – Serantau Muslim terus membuat agihan buah-buahan segar kepada para petugas kesihatan untuk berbuka puasa.

Agihan buah-buahan ini adalah bertujuan membantu Hero Malaysia di negara kita agar terus bertenaga demi menjalankan tugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

Untuk makluman, bermula minggu lepas lagi, Serantau Muslim telah berjaya mengagihkan buah-buahan segar kepada kakitangan perubatan di hospital-hospital.

Terbaru, pusat kesihatan yang telah menerima edaran buah-buahan ini ialah Pejabat Kesihatan Daerah Bentong, Hospital Jengka, Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Alhamdulillah.

Buah-buahan segar terdiri daripada anggur, epal dan oren ini telah sampai dengan selamat di hospital-hospital berkenaan.

Serantau Muslim mengucapkan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan negara dan kepada semua dli luar sana atas sumbangan yang telah disalurkan.

Sumber: Media Serantau Muslim