2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

SERANTAU MUSLIM TERUS BANTU PELARIAN SYRIA

Serantau Muslim masih meneruskan agihan bantuan musim sejuk untukmusyria.com sehingga ke hari ini.

Musim sejuk yang dijangka akan tamat Mac nanti masih memerlukan perhatian dunia kerana krisis kemanusiaan masih belum berakhir di sana.

Terkini, Serantau Muslim terus mengagihkan 20 liter minyak diesel kepada setiap keluarga yang memerlukan.

Antara penerima yang datang untuk menerima bantuan musim sejuk

Antara kem pelarian yang menerima bantuan ini ialah kem Al Yasmine, Bareliase iaitu sebanyak 220 buah keluarga.

Begitu juga di kem Musa Al Omar, Barelias sebanyak 101 buah keluarga menerima bantuan ini.

Antara penerima yang datang untuk menerima bantuan musim sejuk yang terdiri daripada warga emas, golongan wanita dan ketua keluarga lelaki

Manakala di kem Ras Al Sen, Arsal sebanyak 110 botol minyak diesel diagihkan kepada keluarga yang memerlukan.

Serantau Muslim berharap dengan bantuan ini, ahli keluarga di sana dapat memanaskan badan mereka dan mengurangkan beban yang ditanggung.

Antara penerima yang datang untuk menerima bantuan musim sejuk tidak terkecuali anak kecil

Untuk maklumat lanjut, layari www.serantaumuslim.org.my atau terus ke untukmusyria.com.