2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo Semasa

SERANTAU MUSLIM SANTUNI WARGA MELAKA, PAHANG YANG DIUJI BANJIR

31 Dis 2021: Penutup tahun 2021 (Jumaat), kakitangan Serantau Muslim telah turun padang menyantuni penduduk kampung di sekitar Melaka dan Pahang.

Sebelum ini, sebahagian kakitangan bersama-sama sukarelawan telah ke Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan daerah lain di Melaka bagi membantu membersihkan rumah-rumah dan masjid yang dinaiki lumpur akibat banjir yang berlaku dua minggu yang lepas.

Terkini, kakitangan Serantau Muslim telah menyampaikan bantuan seperti kotak simpanan barangan dan tikar getah bagi kegunaan penduduk yang terjejas.

Dalam pada itu, Serantau Muslim amat berterima kasih kepada para penyumbang melalui bantuankecemasan.com yang tidak putus-putus memberikan sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir.

Didoakan semua usaha yang dilakukan mendapat redha Illahi dan diharapkan dapat meringankan sedikit sebanyak beban mereka yang ditimpa ujian bencana alam ini.