2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMKenyataan Media

SERANTAU MUSLIM JALANKAN TAJABERBUKA DI EMPAT BUAH NEGARA

Melaka, 4 Mei – Serantau Muslim telah mulakan program tajaberbuka.com di Arakan, Myanmar, semalam.

Seramai 125 orang muslim minoriti di Arakan, Myanmar telah mendapat manfaat dari program tajaberbuka ini.

Untuk makluman, Tajaberbuka ini merupakan projek utama Serantau Muslim yang dijalankan setiap tahun sebelum ini di 21 negara seluruh Asia Tenggara yang mana fokus utama ialah menyantuni muslim minoriti.

Inisiatif ini adalah bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan berbuka dengan juadah yang lebih enak berbanding hari-hari biasa mereka.

Namun, bagi tahun ini, dengan keadaan yang begitu terkawal, program tajaberbuka tahun ini hanya di buat di empat buah negara iaitu di Malaysia, Myanmar, Syria dan Palestin.

Program ini juga akan dijalankan sepanjang Ramadhan.

Bagi mereka yang ingin membantu sila layari tajaberbuka.com.

#tajaberbuka

#serantaumuslim

#sedekahserantaumuslim

Sumber: Media Serantau Muslim