2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo Semasa

SERANTAU MUSLIM AGIH TENANG KIT DI NEGERI SEMBILAN

29 Okt 2021: Alhamdulilah, wakil Serantau Muslim telah turun padang dalam menyantuni masyarakat yang memerlukan di beberapa buah daerah Negeri Sembilan.

Agihan yang dijalankan ini ialah hasil sumbangan yang disumbangkan orang ramai melalui kempen #tenangkit.

Program ini adalah bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Dalam agihan ini, wakil Serantau Muslim telah menyampaikan bantuan keperluan makanan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan di sana.

Walaupun rakyat Malaysia kini telah menjalani kehidupan selepas pelaksanaan PKP, namun masih ada dalam kalangan kita yang tidak mempunyai pendapatan yang tetap demi menyara keluarga.

Justeru, program ini dijalankan dapat membantu mengurangkan beban sedikit sebanyak bagi keluarga yang masih tiada sumber pendapatan yang tetap dan mempunyai pelbagai masalah yang sukar.

Didoakan semoga rakyat Malaysia untuk terus bangkit dan dilindungi dari perkara tidak diingini, Insha-Allah.