2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
BANTUAN KECEMASANInfo SemasaKenyataan Media

SERANTAU MUSLIM AGIH BANTUAN TENANG KIT DI SEKITAR MELAKA

Melaka, 8 Mei – NGO Serantau Muslim (SM) yang diwakili dua orang kakitangan telah turun padang bagi menyantuni komuniti di sekitar Melaka.

Terkini, agihan bantuan keperluan atau Tenang Kit ini telah diberikan kepada keluarga yang memerlukan di kawasan Telok Mas, Bukit Piatu, dan Ayer Keroh, Melaka.

Agihan dilakukan ke rumah-rumah mereka yang memerlukan agar memudahkan urusan penerima.

Kesemua bantuan dapat dilaksanakan dengan baik dan mendapat kerjasama padu dari penduduk kampung yang terlibat.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPKB), SM terus mengukuhkan jalinan kerjasama antara komuniti setempat dan seluruh Malaysia termasuk para petugas barisan hadapan negara.

SM berharap sumbangan yang diterima, sedikit sebanyak meringankan beban mereka di luar sana.

Teruskan bersama SM dalam membantu mereka yang memerlukan di luar sana dengan melayari bantuankecemasan.com.

Sumber: Media Serantau Muslim