2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

SERANTAU MUSLIM AGIH BANTUAN MUSIM SEJUK DI KEM-KEM PELARIAN SYRIA

Serantau Muslim terus melakukan pengagihan keperluan musim sejuk dalam misi kemanusiaan untukmusyria.com.

Serantau Muslim telah memberikan selimut tebal, minyak diesel kepada keluarga di kem-kem pelarian Syria.

Antara kem pelarian yang menerima bantuan musim sejuk ini ialah kem Tal Bibi dan Al Kassab, Akkar. Seramai 125 buah keluarga telah menerima bantuan selimut tebal ini.

Manakala kem Al Akaba menerima minyak diesel 20 liter untuk dijadikan bahan bakar bagi memanaskan khemah yang didiami mereka. Sebanyak 54 buah keluarga telah menerima sumbangan minyak diesel ini di kem tersebut.

Begitu juga di kem Al Toliani. Sebanyak 80 buah keluarga pelarian Syria menerima minyak diesel ini.

Serantau Muslim terus menyeru kepada semua komuniti agar mendoakan mereka ini terus berada dalam keadaan tabah dalam mendepani musim sejuk dan sentiasa dipelihara oleh ALLAH SWT.

Untuk maklumat lanjut, layari untukmusyria.com.