2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
cf235cfe-80cf-4b2e-95d9-0fb98f8eab72.jpg
Info Semasa

Serangan baharu di sempadan Israel-Lubnan

BAITULMAQDIS: Serangan peluru yang dilepaskan dari Lubnan mengenai kawasan lapang di Israel hari ini, dengan tentera Zionis mula menyasarkan kawasan di mana serangan itu dilakukan.

Serangan jarang berlaku di sempadan Israel-Lubnan tercetus susulan pertempuran sejak dua minggu lalu antara rakyat Palestin dan polis Israel di perkarangan masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, sehingga membangkitkan kemarahan negara Arab dan kebimbangan antarabangsa.

Sebelum ini, kumpulan kecil rakyat Palestin di Lubnan menyerang secara sporadis ke arah atas kawasan Israel.

Di Twitter, tentera Israel memberitahu tiada siren dibunyikan dan tiada amaran diisytiharkan di utara negara itu ketika serangan peluru itu dilancarkan.

Sistem pertahanan antipeluru berpandu Israel juga tidak memintas peluru berkenaan selepas mendapati ia menyasarkan kawasan yang tidak berpenghuni.

Tentera Israel menjelaskan, sebagai tindak balas kepada serangan itu, artileri Israel kini mensasarkan sumber pelancarnya.

Sempadan utara Israel kebiasaanya sunyi terutama sejak perang 2006, ketika penentangan terhadap pemberontak Hizbullah di Lebanon.

Lebih 200 orang kebanyakannya rakyat Palestin, cedera sejak seminggu lalu dalam pertempuran di dalam dan sekitar perkarangan Al-Aqsa, tapak suci bagi kedua-dua penganut Islam dan Yahudi.

Pertempuran tercetus selepas polis Israel bertindak menyerbu perkarangan masjid di Baitulmaqdis pada waktu subuh ketika ribuan penduduk bersiap untuk solat, sekaligus mencetuskan kemarahan umat Islam.

Susulan itu, roket dari Semenanjung Gaza dilancarkan pada Rabu dan Khamis lalu mendorong serangan balas daripada Israel, dengan negara Yahudi itu juga sudah memutuskan menutup satu-satunya pintu masuk sempadan ke Gaza.

Sumber: BH