2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

SEMOGA MALAYSIA TERUS KEKAL AMAN MAKMUR DIBAWAH PEMERINTAHAN TERTINGGI YDPA KE-16: SERANTAU MUSLIM

 

Rakyat Malaysia khususnya akan meraikan Hari Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, 30 Julai 2019.

 

Serantau Muslim melihat istiadat pertabalan sebegini merupakan satu perkara yang penting bagi menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia masih mengekalkan warisan adat istiadat Kesultanan Melayu walaupun Malaysia seiring dengan peredaran dunia yang berada dalam arus kemodenan tanpa meninggal tradisi turun temurun.

 

Seiring dengan itu, Seluruh warga kerja Serantau Muslim mendoakan Yang di-Pertuan Agong diberi kesihatan yang berpanjangan oleh Allah SWT demi menjadi payung mahkota yang menaungi rakyat Malaysia.

 

Serantau Muslim juga berharap Malaysia akan terus dihormati dunia, dijauhi ancaman luar dan terus kekal aman Makmur dibawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bersama pasangan, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.