2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

SEBUAH HOSPITAL DI RAJASTHAN, INDIA DISIASAT KERANA ENGGAN TERIMA PESAKIT MUSLIM

New Delhi – Sebuah hospital di Rajasthan di India kini dalam siasatan kerajaan selepas didakwa enggan menerima seorang wanita Muslim yang mahu melahirkan anak.

Wanita berkenaan dikatakan diarah pergi ke hospital lain menaiki ambulans, namun dilaporkan bersalin ketika dalam perjalanan.

India Today melaporkan lebih malang apabila bayi yang baru dilahirkan itu meninggal dunia.

Suami wanita terbabit, Irfan Khan berkata, pengurusan hospital perlu bertanggungjawab terhadap kematian anaknya.

“Isteri saya perlu segera bersalin. Dia dirujuk dari Sikri ke Hospital Janana. Tapi doktor arah kami ke Jaipur hanya kerana kami beragama Islam.

“Ketika di dalam ambulans, isteri melahirkan bayi, namun anak kami meninggal dunia,” katanya.

Pengarah Hospital Janana, Dr Rupendra Jha berkata, wanita itu tidak dapat dirawat di hospital berkenaan kerana keadaannya kritikal.

Bagaimanapun, pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap dakwaan itu.

Dalam pada itu, Menteri Pelancongan Rajasthan, Vishvendra Singh mengecam insiden berkenaan.

Menerusi Twitter, beliau berkata, keadaan ini begitu memalukan dan tindakan perlu diambil terhadap terhadap doktor terbabit.

“Seorang wanita mengandung enggan diterima di hospital dan diminta ke Jaipur disebabkan agamanya.

“Tiada yang lebih memalukan kerana kerajaan sangat sensitif dengan perkara sedemikian,” katanya.

Sumber: Harian Metro