2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

“SAYA BERHARAP, SAYA MEMPUNYAI KHEMAH UNTUK TINGGAL BERSAMA KELUARGA”-HAJI RAMADAN

[KISAH PENDERITAAN RAKYAT SYRIA]

Ramadan Al-Sheikh adalah seorang warga emas yang berasal dari kawasan timur Idlib.

Beliau terpaksa berpindah dari kawasan timur Idlib kerana serangan dan pengeboman dasyat oleh rejim Assad.

Keadaan semakin menghimpit Haji Ramadan selepas ribut udara yang berlaku beberapa hari lalu di Idlib. Akibat daripada fenomena alam itu, beliau kehilangan tempat berteduh yang mana ia merupakan satu-satunya khemah yang dimilikinya.

Oleh sebab itu juga, Haji Ramadan terpaksa tinggal di dalam keretanya sejak lebih 20 hari yang lalu, bersama isteri dan dua orang anaknya.

Kini, segala aktiviti harian seperti makan, minum, tidur, dan menjaga ahli keluarga beliau terpaksa dilakukan di dalam dan sekitar kereta uzur beliau.

Untuk makluman pembaca, kisah ini merupakan cebisan kecil daripada jutaan keperitaan yang terpaksa dilalui rakyat Syria setiap hari

Mereka di sana menjalani keadaan yang sangat sukar dan berjuang untuk meneruskan kehidupan tanpa tempat tinggal dan segala keperluan asas lain seperti mengalami masalah dalam mendapatkan ilmu pendidikan dan rawatan kesihatan.

Harapan terakhir Haji Ramadan ialah satu. “Saya hanya berharap saya mempunyai sebuah khemah untuk tinggal bersama keluarga, “Haji Ramadhan”.

Ayuh, kita sama-sama doakan agar Haji Ramadan dan semua rakyat Syria yang senasib dengan beliau dapat menjalani hidup dengan lebih pada masa akan datang. Insha-Allah akan datang, dengan asbab doa kita semua, mereka akan dikurniakan kemewahan dalam apa jua aspek Insha-Allah.

#serantaumuslim

#untukmusyria

Kredit: Bonyan Organization dan Serantau Muslim