2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

RUMAH DIMUSNAHKAN Z!ON1S, RATUSAN KELUARGA PALESTIN DIBEBANI HUTANG

TEBING BARAT: Ratusan keluarga Palestin berdepan dengan kesukaran untuk ‘memulihkan semula’ kehidupan selepas rejim Z!on1s merampas rumah perniagaan mereka dalam sekelip mata.

Perkampungan Thurmasiya di utara Ramallah di Tebing Barat menempatkan sejumlah golongan ekspatriat Palestin-Amerika.

Saneh Shalaby, 40, berpeluang tinggal di situ iaitu dirumah abangnya selepas kediamannya dirobohkan oleh pihak berkuasa Palestin.

Rumah Saneh dirobohkan pada 8 Julai selepas suaminya yang merupakan rakyat Amerika Syarikat (AS), Montaser Shalabi ditembak mati oleh penduduk Y@hudi pada Mei lalu ketika konflik keganasan berlaku antara Hamas dan Z!on1s.

Walaupun terdapat rayuan undang-undang dan campur tangan dari Kedutaan AS, proses perobohan rumah Saneh tetap dilakukan oleh 1sr@el.

Z!on1s berpendapat, langkah itu sebagai hukuman kolektif kepada ahli keluarga yang yang disyaki mencetuskan serangan atau kekacauan terhadap penduduk Y@hudi.

Namun, kumpulan hak asasi Israel, B’Tselem menegaskan perobohan rumah penduduk Palestin yang dilakukan Z!on1s bukan bertujuan menghalang mereka daripada melakukan serangan, sebaliknya bertujuan menindas.

“Kegiatan merobohkan rumah penduduk Palestin tidak melemahkan semangat mereka, sebaliknya memberi mereka semangat untuk melancarkan lebih banyaj serangan.

“Hukuman kolektif yang dilakukan oleh Isr@el bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan jika benar, kenapa hukuman itu tidak dikenakan terhadap penduduk Yahudi yang lakukan kesalahan serupa,” kata kumpulan itu.

Dalam pada itu di Silwan, Baitulmuqaddis Timur, satu lagi keluarga Palestin ‘berusaha sebaik mungkin’ untuk memastikan anak-anaknya tidak kelaparan,

Kedai menjual daging milik Nidal Rajabe dimusnahkan dua minggu lalu atas alasan tiada permit.

“Ketika kedai saya dirobohkan, orang ramai mengadakan tunjuk perasaan sebagai bantahan dan akibatnya, kami dipukul oleh pasukan keselamatan serta dua abang saya ditahan.

“Bagaimana saya boleh menyara lapan anak saya selepas sumber pendapatan saya dimusnahkan?,” ujarnya.

Tidak cukup dengan itu, Nidal turut menerima notis yang menyatakan rumahnya juga akan dirobohkan oleh Isr@el.

“Saya cuba cari kerja, namun perkara itu bukanlah mudah di sini. Saya perlukan anak-anak tidak berlapar, selain perlu bayar hutang,” jelas Nidal.

Sumber: Utusan Malaysia