2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

RIBUAN TERPAKSA BERPINDAH AKIBAT BANJIR

HANOI – Hujan lebat melanda Vietnam sejak tiga haru lalu hingga mencetuskan banjir dan memaksa pemindahan lebih 11,000 orang di wilayah Vietnam tengah.

Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh, dua di wilayah Quang Tri dan lain-lain di wilayah Dak Lak, Gia Lai dan Quang Ngai, manakala tujuh lagi hilang setakat Khamis lalu.

Perdana Menteri, Nguyen Xuan Phuc, memerintahkan beberapa wilayah di seluruh negara menangani keadaan banjir besar dan mengambil langkah segera termasuk pemindahan untuk memastikan keselamatan orang ramai.

Menurut laporan berita Vn Express, beberapa daerah di Quang Tri dan wilayah berdekatan Thua Thien-Hue menerima hujan hingga 980 milimeter (mm), di mana hujan sekitar 180 mm sehari sudah dianggap lebat.

Banyak daerah juga sudah terputus hubungan berikutan beberapa daerah air mencapai ketinggian satu meter dan berlaku kejadian tanah runtuh.

Di bandar pelancongan Hue yang popular di wilayah Thua Thien-Hue, banyak jalan bergenang air.

Pegawai mengatakan, sekitar 200 rumah dimasuki air sehingga paras 0.3 meter dan mereka yang tinggal di kawasan rendah terpaksa berpindah ke tempat yang lebih tinggi untuk keselamatan.

Laporan menunjukkan Hoi An, tempat tumpuan pelancong dan lokasi diisytihar tapak warisan dunia oleh UNESCO, kini kelihatan seperti tasik besar berikutan hujan lebat yang berpanjangan dengan banyak jalan ditenggelami air sehingga setengah meter.

Pusat ramalan cuaca kebangsaan Vietnam memberi amaran bahawa wilayah tengah, dari Ha Tinh hingga wilayah Quang Ngai dijangkakan menerima lebih banyak hujan sekitar 330 hingga 400 mm sehari hingga esok. –

Sumber: Berita Harian