2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-04-13 at 12.04.21 PM
Info Semasa

Ribuan penduduk Israel berarak sokong penempatan haram di Tebing Barat

BAITULMAQDIS: Ribuan penduduk Israel, termasuk beberapa menteri dalam pentadbiran sayap kanan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, Isnin berarak ke sebuah penempatan Yahudi di wilayah Tebing Barat.

Menurut Berita Harian, penduduk Palestin di kawasan berkenaan dipaksa berpindah bagi membolehkan ia diduduki peneroka haram Yahudi, walaupun mahkamah antarabangsa menakrifkan tindakan itu sebagai haram.

Sedang ketegangan antara penduduk Israel dengan Palestin kian meningkat, rakyat Israel dari serata negara berkunjung ke pusat di luar kota Evyatar dengan mengibarkan bendera Israel serta menyanyikan lagu keagamaan sewaktu minggu perayaan penganut Yahudi itu.

Pasukan pertahanan Israel dilapor melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata terhadap petunjuk perasaan Palestin yang melontar batu di kota berhampiran Beita.

Serangan itu itu mencederakan 17 orang yang terkena peluru getah dan dua lagi individu yang terkena kelongsong bekas gas pemedih mata di kepala, menurut badan Bulan Sabit Merah Palestin.

Lebih 90 penduduk Palestin dan sekurang-kurangnya 19 rakyat Israel serta orang asing terbunuh sejak Januari.

Majlis wilayah Samaria, yang mewakili penduduk pendatang di kawasan utara Tebing Barat, dalam satu kenyataan, berkata penduduk Israel berhak bagi meneroka dan menetap di kawasan itu.

Pemimpinnya, Yossi Dagan, memberitahu peserta tunjuk perasaan itu bahawa tindakan mereka adalah sebagai jawapan kepada gelombang keganasan yang sedang berlaku.

Itamar Ben-Gvir, Menteri Pertahanan dalam Kabinet Netanyahu, berucap semasa tunjuk perasaan warga Israel itu.

“Sekarang mereka faham mengapa saya giat meminta penubuhan sebuah pasukan pengawal nasional,” katanya.

Diiringi sebuah pasukan pengawal besar pada Isnin lalu, Ben-Gvir diberi kelulusan untuk mengetuai sebuah pasukan kawalan nasional yang mempunyai tumpuan khusus bagi mencegah pergolakan.

Netanyahu bagaimanapun menghalang daripada memberinya kuasa langsung terhadap pasukan itu selepas pihak pembangkang membangkitkan keprihatinan bahawa pasukan itu boleh menjadi sebuah pasukan ketenteraan yang ditubuh berlandaskan suku agama.

Pelbagai negara melihat penyediaan tempat penginapan bagi pendatang asing Yahudi di Tebing Barat, yang dirampas dari Jordan dalam perang pada 1967, sebagai melanggar undang-undang antarabangsa.

Israel menolak dakwaan itu dengan merujuk kepada ikatan keagamaan dan sejarahnya terhadap tanah itu, serta keperluan keselamatannya.

Pemerintah haluan kanan Israel yang mengambil alih pada lewat Disember 2022 menyokong usaha pengiktirafan dan perluasan penempatan Yahudi di Tebing Barat di, mana warga Palestin mahu menubuhkan negara sendiri yang bebas, lapor Berita Harian lagi.