2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

RIBUAN KES PEDOFILIA DALAM GEREJA KATOLIK

PARIS: Ketua Suruhanjaya Bebas, Jean-Marc Sauve mendedahkan terdapat ribuan kes pedofilia yang ‘bersarang’ dalam Gereja Katolik Perancis sejak 1950.

Kajian itu berjaya membongkar antara 2,900 hingga 3,200 paderi atau melibatkan petugas gereja lain.

Namun katanya, bilangan itu juga hanya merupakan ‘anggaran minimum’ kes penderaan seks terhadap kanak-kanak.

Laporan suruhanjaya itu akan disiarkan esok selepas kajian dijalankan selama dua tahun setengah di gereja, mahkamah dan arkib polis termasuk temu ramah dengan saksi.

Laporan setebal 2,500 muka surat itu mendedahkan kes me­libatkan penyerang dan bila­ngan mangsa terlibat.

Jelas Sauve, pihaknya turut melihat aspek ‘mekanisme terutamanya institusi dan budaya’ antara gereja yang membenarkan individu pedofilia kekal berada di dalam gereja dengan 45 kertas kerja dihasilkan mengenainya.

Suruhanjaya bebas itu ditubuhkan 2018 oleh Gereja Katolik Perancis berhubung maklum balas terhadap beberapa siri skandal seks yang mengejutkan gereja di negara ini serta seluruh dunia.

Suruhanjaya itu dibentuk selepas Pope Francis meluluskan langkah penting mewajibkan mereka yang mengetahui tentang penderaan seks di Ge­reja Katolik melaporkan kepada pihak atasan.

Suruhanjaya itu terdiri daripada 22 profesional undang-undang, doktor, pakar sejarah, ahli sosiologi dan ahli teologi. 

Sumber: Utusan