2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo Semasa

RETREAT & FAMILY DAY ALUMNI SERANTAU MUSLIM 2019

RETREAT & FAMILY DAY ALUMNI SERANTAU MUSLIM 2019

Pada 25.01.2019 – 27.01.2019 yang lepas, telah berlangsungnya program Retreat dan Family Day Alumni Serantau Muslim bagi sesi pembuka 2019. Program ini telah disertai oleh ahli jawatankuasa dan staf dari Serantau Muslim.

 

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang berlangsungnya program tersebut. Dengan adanya program ini dapat mengeratkan lagi ikatan silaturrahim antara ahlijawatankuasa dan staf-staf Serantau Muslim. Bersyukur ke hadrat Illahi juga pada tahun 2018 telah berjaya diisi dengan pelbagai program kemanusiaan dan kebajikan sepanjang tahun.

 

Alhamdulillah, Serantau Muslim kini semakin bergerak pantas dengan perancangan yang lebih besar dan terperinci bagi mengisi tahun baru 2019. Bermula sebagai sebuah NGO yang kecil, kini Serantau Muslim menjadi antara NGO yang mendapat perhatian masyarakat dengan pelbagai program yang dilaksanakan khususnya bantuan kecemasan sama ada untuk umat Islam yang dilanda musibah mahupun yang tertindas khususnya di negara-negara ASEAN.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda kepada kami. Semoga perancangan kami bagi tahun ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.