2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

ISRAEL PRAKTIK ‘DOUBLE STANDARD’, BENARKAN PENDATANG YAHUDI CEROBOH MASJID AL-AQSA

BAITULMAQDIS, 25 April- Ratusan pendatang Yahudi yang diiringi polis Israel bertindak menceroboh kawasan perkarangan kompleks Masjid al-Aqsa, semalam. Tindakan mereka ke kawasan suci bersempena perayaan Passover yang disambut pendatang tersebut.

 

Pihak Berkuasa Wakaf Islam Baitulmaqdis menyatakan kira-kira 515 peneroka haram Yahudi menyerbu masuk ke kawasan tersebut menerusi pintu al-Magharibah dan mereka turut melakukan ritual keagamaan di kompleks berkenaan.

 

Tindakan pendatang Yahudi itu mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk Palestin yang menganggap pihak berkuasa Israel mengamalkan sikap ‘double standard’.

 

Minggu lalu, rejim Zionis melarang azan dilaungkan dari dalam Masjid al-Aqsa dan menyerang serta mengusir penduduk Palestin yang berkumpul di luar Bab al-Asbat, salah satu pintu pagar utama masjid berkenaan di Kota Lama untuk menunaikan solat Asar.

 

Pihak berkuasa Israel juga mengenakan larangan ke atas dua lelaki Palestin daripada memasuki Masjid al-Aqsa yang mana beberapa penduduk Palestin, Thaer Abu Sbeih dikenakan larangan selama enam bulan, manakala Rohi Kalghasi berdepan larangan empat bulan.

 

Israel bagaimanapun tidak menjelaskan alasan larangan itu dikuatkuasakan.

 

Sumber: Sinar Harian