2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

RANTAU MENA BOLEH CECAH SUHU 60 CELSIUS

LONDON: Perubahan iklim bakal menyebabkan beberapa kawasan tidak boleh didiami di rantau Asia
Barat dan Afrika Utara (MENA) yang mencecah suhu sehingga 60 darjah Celsius atau lebih tinggi dalam tempoh beberapa dekad akan datang.

Kesan perubahan iklim di seluruh rantau MENA akan menjadi lebih buruk sehingga menyebabkan krisis air yang kronik, ketidakmampuan untuk menanam makanan kerana cuaca panas melampau sehingga mengakibatkan kemarau serta lonjakan kes kematian dan masalah kesihatan berkaitan haba.

Satu kajian baharu dalam Jurnal Nature mendedahkan kira-kira 600 juta penduduk atau 50 peratus daripada penduduk di rantau MENA berkemungkinan terdedah kepada fenomena cuaca panas melampau menjelang 2100, sekiranya kadar unjuran semasa gas rumah hijau kekal.

Keadaan itu bakal berlanjutan selama beberapa minggu serta berbulan-bulan.

Malah, kajian itu menyatakan keadaan cuaca panas terik juga berpotensi mengancam nyawa manusia.

“Kami menjangka suhu maksimum ketika gelombang panas ini di beberapa pusat bandar dan kota besar di rantau MENA boleh mencecah atau melebihi 60 darjah Celsius,” jelas pasukan saintis.

Pusat bandar di sekitar Teluk, Laut Arab dan Laut Merah seperti Dubai, Abu Dhabi, Doha, Dhahran
dan Abbas akan mengalami suhu panas terik lebih kerap.