2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
bf1d52be-443c-4abc-8b50-6086a4e69229.jpg
Info Semasa

Ramadan: Zionis mula ‘cari pasal’ dengan Palestin

AMMAN: Seperti sudah menjadi kebiasaan, asal tiba sahaja bulan Ramadan, pasti berlaku ‘konflik berat’ antara penduduk Palestin dan Israel dan keadaan itu dijangka boleh meruncing pada bila-bila masa berdasarkan situasi tegang ketika ini.

Sejak beberapa hari lalu, berlaku pertempuran antara penduduk Palestin dan pihak berkuasa Israel di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

Sehubungan itu, Raja Jordan, Raja Abdullah II memberitahu Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett bahawa rakyat Palestin dan Israel perlu ‘kekal bertenang’ ketika konflik mula memuncak di Tebing Barat.

Menerusi panggilan telefon, Raja Abdullah menekankan kepentingan untuk kedua-dua pihak kekal tenang bagi mengelakkan sebarang pertempuran di wilayah Palestin.

Beliau juga meminta ‘semua halangan yang melarang umat Islam menunaikan solat di Masjid al-Aqsa ditarik balik’ sempena Ramadan, selain disifatkan sebagai langkah terbaik untuk mengelakkan sebarang konfrontasi.

Al-Aqsa merupakan tapak ketiga paling suci buat umat Islam.

Dalam pada itu, pejabat Bennett dalam satu kenyataan ‘mengucapkan terima kasih kepada Raja Jordan atas kenyataan tegas beliau mengenai serangan keganasan yang berlaku di Israel sejak beberapa hari lalu’.

Selain itu, Raja Abdullah dan Bennett turut berbincang mengenai kerjasama antara Jordan dan Israel.

Dalam perkembangan berkaitan, Seramai 12 orang cedera dan 10 ditangkap apabila penduduk Palestin bertempur dengan polis Israel di luar Kota Lama di Baitulmuqaddis Timur.

Menurut responden AFP, polis Israel melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan di hadapan Pintu Damsyik, ketika rakyat Palestin berkumpul selepas menunaikan solat tarawih.

Pihak berkuasa Zionis memaklumkan, 10 penduduk Palestin ditahan keran merusuh dan menyerang anggota polis Israel sehingga mendatangkan kecederaan.

Pada Ramadan tahun lalu, pertempuran berlaku antara tentera Israel dan Palestin di perkarangan al-Aqsa sehingga mencetuskan konflik berdarah antara Zionis dan Hamas di Semenanjung Gaza.

Sumber: Utusan