2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

RAKYAT PALESTIN DITIKAM BERTUBI-TUBI OLEH ISR@EL

BAITULMUQADDIS: Penduduk Isr.el bertindak kejam apabila menikam seorang pekerja Palestin sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius, malam tadi.

Media Israel melaporkan, kumpulan militan Isr.el menyerang mangsa dan menikam seluruh badannya sehingga menyebabkan mangsa terpaksa dibawa ke Pusat Perubatan Shaare Zedek.

Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan serius dan paramedik yang berada di lokasi kejadian memaklumkan lelaki itu sedar dan menderita akibat beberapa kesan tikaman.

Kumpulan ektremis itu dilihat sengaja mencari gaduh dan menyerang penduduk tempatan.

“Mangsa hanya duduk sebentar selepas habis waktu bekerja. Namun, mereka menikam seluruh badannya. Lelaki itu cuba melarikan diri sebelum dia jatuh pengsan,” lapor Walla.

Situasi di Tebing Barat bertambah buruk dengan penduduk Isr.el berlagak menjadi gangster dengan menyerang penduduk Palestin serta memusnahkan harta benda mereka.

Sehingga kini, terdapat 700,000 penduduk haram yang tinggal di Tebing Barat yang dijajah Isr.el sekali gus mencabul undang-undang antarabangsa berdasarkan Konvensyen Geneva Keempat. 

Sumber: Utusan Malaysia