2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

RAKYAT PALESTIN DIHALAU & DISEMBUR AIR KUMBAHAN OLEH REJIM Z!ON!$

Kekejaman rejim Z!on!$ di Palestin bagaikan tiada penghujungnya apabila rakyat Palestin terus menerus dizalimi tanpa sedikit pun nilai kemanusiaan tidak kira pada kanak-kanak, wanita mahupun orang awam.

Saban hari ada sahaja rakyat Palestin yang dibunuh, dipukul dan ditangkap oleh rejim Z!on!$ tanpa sebab dan alasan yang munasabah.

Terbaharu, tular berita yang memaparkan rakyat Palestin disembur dengan air kumbahan oleh rejim Z!on!$ ini.

Menurut sumber orang awam yang berada di sana, perkara tersebut dilakukan bagi menghalau rakyat Palestin yang berhimpun di Bab Al-Amud walaupun perhimpunan tersebut aman tanpa senjata dan dilakukan untuk menyuarakan bantahan terhadap penghinaan Nabi Muhammad SAW yang sebelum ini dicetuskan oleh rakyat I$rael.

Tidak hanya mereka yang berada di perhimpunan itu sahaja malah kedai-kedai milik penduduk Palestin turut disimbah dengan air kumbahan itu.

Air kumbahan tersebut juga disembur ke arah jalan-jalan bagi menghalau rakyat Palestin dan mereka yang berkumpul selain wartawan juga menjadi sasaran.

Difahamkan juga, air kumbahan tersebut telah mengotorkan kawasan sekitar Bab Al-Amud.

Didoakan semoga rakyat Palestin terus kuat mendepani kekejaman demi kekejaman Z!on!$ laknatullah ini.

Sumber: Redaksi & TV Al-Hijrah