2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

PUSAT TAHFIZ SERTAI PROGRAM TAJABERBUKA ANJURAN SERANTAU MUSLIM

15 April – Serantau Muslim telah menganjurkan program TajaBerbuka sepanjang Ramadhan 2021 di 16 buah negara termasuk Malaysia.

Terkini, Serantau Muslim telah mengadakan program TajaBerbuka di Madrasah Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat di Telok Mas Melaka.

Dalam program iftar tersebut, seramai 87 orang telah menerima pek makanan siap masak untuk dijadikan juadah berbuka puasa.

Pembahagian makanan kepada para pelajar

Tajaan ini berlangsung selama dua hari di pusat tahfiz berkenaan dan akan diikuti oleh 13 buah institusi yang lain tidak termasuk di luar negara.

Program ini diwakili oleh kakitangan Serantau Muslim iaitu Encik Haizat (HR) serta Qayyum (Intern), dan akan bertukar giliran mengikut tempat program dijalankan.

Dalam kesempatan yang sama, lima kotak pek makanan beserta sebuah Al-Quran telah diserahkan kepada mudir/pengasas institusi berkenaan.

Bagi yang ingin bersama-sama Serantau Muslim dalam menjayakan program ini, layari tajaberbuka.com atau www.serantaumuslim.org.my.

Pelajar-pelajar di Madrasah Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat di Telok Mas Melaka
Penyerahan pek makanan kering kepada Madrasah Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat di Telok Mas Melaka
Wakil Serantau Muslim bersama mudir/pengasas