2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info Semasa

PROJEK DANA SURAU SM DI KG TUNGGARING BAKAL SIAP SEPENUHNYA

Serantau Muslim melahirkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana projek Dana surau SM Kg Tunggaring Kuala Namadan Tambunan Sabah bakal siap sepenuhnya dan akan digunakan tidak lama lagi.

Bilik imam

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diilaksanakan, ia tidak menghalang untuk menyempurnakan proses-proses akhir pembinaan surau tersebut, tetapi dalam keadaan beransur ansur.

Kini, kerja-kerja melicinkan simen dinding dan lantai sudah siap sepenuhnya.

Tandas untuk kegunaan jemaah

Tinggal lagi proses mencantikkan lagi surau tersebut.

Untuk makluman umum, pada asasnya pembinaan bangunan surau sudah siap sepenuhnya tetapi dengan penambahan dana dari orang ramai dan pejabat daerah Tambunan, kerja-kerja pendawaian, pembinaan tandas, bilik pengurusan jenazah, bilik imam dan pagar kawasan surau sedang dilaksankan.

Keadaan kawasan luar surau

InshaAllah projek keseluruhan dijangka dapat disiapkan dlm tempoh terdekat bagaimanapun bergantung pada situasi PKP.

Dalam pada itu, Serantau Muslim ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan projek dana surau ini secara langsung mahupun tidak dan berharap projek ini akan berharap memberi manfaat kepada penduduk di sana nanti.