2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

PROGRAM TAJABERBUKA.COM DI GERIK, PERAK BANTU ASNAF, OKU

Serantau Muslim telah meneruskan program Tajaberbuka.com di Gerik, Perak pada hujung minggu lalu.

Antara kawasan kampung yang terlibat dalam program ini ialah Kg Batu 6, Kg Bersia Lama, Kg Sira Panas, Kg Bandariang, dan Kampjng Ulu Kenderong.

Dalam agihan ini, Serantau Muslim menyasarkan golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas, pesakit lumpuh, asnaf, mangsa kebakaran, pesakit kronik, ibu tunggal dan lain yang memerlukan.

Serantau Muslim berharap dengan bantuan yang disalurkan ini, dapat meringankan sedikit sebanyak semua keluarga yang memerlukan di sana.

Layari tajaberbuka.com untuk maklumat lanjut.